Fasa Reka Bentuk
Kesilapan yang ramai orang lakukan adalah memandang rendah terhadap FASA REKA BENTUK yang seterusnya akan mengakibatkan kerugian ribuan ringgit dan masa.
Memang tidak dapat dinafikan kontraktor merupakan pakar dalam membina rumah, namun ada perkara paling penting yang kontraktor perlukan sebelum proses pembinaan rumah dijalankan. Ramai orang terutamanya di kawasan luar bandar memandang mudah tentang fasa pelan lantai dan reka bentuk.
Maka timbul lah masalah berikut ketika fasa pembinaan.
kos melebihi bajet anda
perselisihan antara tuan rumah dan kontraktor
bahan binaan yang berlebihan
tempoh pembinaan yang lama dari yang dijangkakan
Ramai yang memberi anggapan bahawa hanya bangunan bangunan yang besar sahaja yang memerlukan pelan lantai dan reka bentuk 3D. Akan tetapi, proses mengubah suai dan membina rumah juga memerlukan pelan yang lengkap.
Kontraktor tidak mungkin akan dapat membina rumah idaman anda dengan sempurna tanpa melalui fasa reka bentuk (design phase). Tanpa lukisan dan pelan rumah, bajet juga tidak dapat dikira dengan teliti dan akan menyukarkan pengiraan kuantiti bahan tanpa panduan yang terdapat pada pelan rumah.
Lukisan pelan lantai, pandangan sisi dan sekurang kurangnya satu pandangan 3D luaran. Setelah persediaan lukisan dari arkitek, juruukur bahan pula berperanan membuat pengiraan kos pembinaan.
Setelah fasa reka bentuk dipersetujui, barulah urusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau fasa penyerahan (submission phase) dilakukan.
Oleh itu, kami di sini sedia membantu anda bermula dari fasa rekabentuk (design phase), fasa penyerahan (submission phase) dan seterusnya ke fasa pembinaan (construction phase).
Comments
Post a Comment