Tips bagi menjimatkan belanjawan pengubahsuain rumah.

Kerja - kerja pengubahsuaian rumah mengambil masa yang lama, jumlah wang yang besar dan banyak yang anda akan tersalah atau terlepas pandang. Tapi semua perkara ini anda boleh elakkan dengan melakukan perancangan yang betul dari awal.

Membuat pilihan yang bijak apabila mengupah kontraktor pengubahsuaian dan merancang perubahan reka bentuk anda dengan teliti dapat membantu menjimatkan wang yang boleh dilaburkan semula ke dalam keluarga anda.

Related image

Dengan kos pengubahsuaian di Malaysia yang meningkat tahun demi tahun, perancangan yang bijak begitu penting untuk anda mengenal pasti bahagian mana yang anda perlu laburkan wang anda dan mengelakkan kos yang tidak perlu.




#1. Kenal pasti beberapa kontraktor.

Berhubunglah dengan sekurang kurangnya 2-3 kontraktor untuk membandingkan sebut harga, kemahiran dan pengalaman untuk menjalankan kerja pengubahsuaian rumah anda. Jika anda hanya berhubung dengan satu kontraktor sahaja, anda akan kurang memahami mengenai apa yang mereka mampu lakukan dengan rumah anda dan mungkin anda akan terlepas promosi dari kontraktor yang lain.

Mengupah kontraktor yang tidak berpotensi akan mengakibatkan anda sendiri yang membayar untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan.





#2. Menilai bajet dan kewangan anda.

Jangan hanya berfikir tentang  berapa banyak yang anda ingin belanjakan, tetapi pertimbangkan keadaan kewangan anda secara keseluruhan supaya dapat mengenal pasti jumlah yang anda ingin melabur pada rumah anda.




Sebaik sahaja anda yakin bahawa anda mampu melakukan pengubahsuaian, dapatkan anggaran kos untuk keseluruhan projek dari kontraktor dan pereka bentuk dalaman anda semua kerja - kerja pengubahsuaian dan kos buruh.

Anda perlu realistik tentang kos tersembunyi dalam proses pengubahsuaian rumah anda. Cuba peruntukkan sekurang kurangnya 10%-15% bajet tambahan.


#3. Pertimbangkan kenapa anda ingin mengubahsuai rumah.

Adakah anda ingin mengubah suai untuk keselesaan penginapan anda sendiri atau anda melakukannya sebagai pelaburan?




Sekiranya anda mengubahsuai untuk keselesaan rumah anda sendiri, anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu.

Jika sebaliknya, anda mengubahsuai sebagai pelaburan ke dalam harta anda, sentiasa kekal objektif dalam mereka bentuk pengubahsuaian anda.

Pilihan warna anda dan pencahayaan futuristik, mungkin bukan pilihan penyewa anda. Yang paling penting ialah rumah anda bersih dan rapi.


#4. Tentukan apa yang anda ingin mengubah suai.

Kenal pastilah tentang bangunan dan kerja - kerja pembinaan yang perlu anda lakukan.

Apakah skema warna yang anda mahu untuk kawasan ruang tamu anda, bagaimana anda hendak membaik pulih kabinet dapur anda, jenis pendawaian elektrik yang anda perlukan dan pencahayaan baru anda, di mana anda mahu mencari jubin, lekapan dan bahan binaan anda dan lain lain.





Jangan hanya berfikikir tentang estetika, tetapi pertimbangkan tujuan di sebalik projek pengubahsuaian anda dan sama ada pilihan anda akan mencapai keputusan tersebut.

 Ketahui berapa banyak kos yang anda perlukan dan kontraktor manakah yang anda perlu lantik untuk menjalankan kerja pengubahsuaian rumah anda.

Buat keputusan yang tepat dan tidak lagi perlu untuk diubah ubah, kerana membuat pengubahan dalam proses pengubahsuaian akan menyebabkan pembaziran wang dan masa anda.


Comments

Popular Posts