Tanggapan pertama

Berjalan kaki, naik tangga ke pintu depan...ketukan...tetamu anda telah tiba.

Tetapi sebelum anda mengalu-alukan mereka, keperincian telah menunjukkan gayanya yang selesa dan selamat ke pintu anda sambil menyatakan kualiti dan gaya di dalamnya. Melalui pintu, ia menawarkan gambaran pertama gaya dan keperibadian rumah anda.


Pintu depan memberi tanggapan pertama kerana bahagian depan adalah lokasi yang menonjol, dengan sentuhan yang unik ia memberikan penampilan yang hebat kepada keseluruhan rumah.

Cat dan aksesori menampakkan pintu depan lebih menarik, tetapi ia juga penting untuk menitikberatkan kawasan sekitar pintu. 



Tumbuhan dalam bekas boleh dijadikan landskap dan beberapa aksesori perabot seperti almari kasut juga menonjolkan reka bentuk dalaman ke bahagian luar.

Sebuah pintu yang baru mampu meningkatkan seri keseluruhan bahagian depan rumah anda. Pintu antik mungkin sukar untuk dimuatkan ke rumah anda kerana pintu antik berbeza saiznya dengan pintu biasa. Jika anda perlu untuk memotong atau mengubah saiznya, ia akan mengurangkan kekuatan pintu tersebut.

Jika sesebuah pintu itu dicat berasaskan plumbum (lead-base), sukar untuk anda menanggalkan cat asalnya kerana kesan cat asal akan merosakkan warna cat baru.


Beberapa lapisan varnis yang berkilat akan melindungi kemasan lalu menaikkan tona warna. Gunakan varnis ultraviolet light dengan penyerap cahaya bagi mengelakkan warna daripada pudar.

Aksesori


Aksesori tembaga yang berkilat mampu menaikkan seri pintu dan rumah. Contohnya seperti tombol pintu, slot mel, kickplates dan knocker. Tembaga adalah bahan yang biasa digunakan untuk perkakasan luar kerana ia tidak karat dari kebanyakan logam lain.


Kebanyakan tembaga yang dijual hari ini mempunyai lapisan pelindung, jadi tidak memerlukan penggilap.

Tumbuhan

Tumbuhan cincung di bahagian pintu depan samaada di dalam bekas ataupun ditanam di sekitar pintu masuk juga mampu menaikkan seri rumah. Sebagai contoh adalah pokok renek. Boleh ditanam dalam satu barisan, satu kumpulan, digantung ataupun dipisahkan secara individu. 


Saiz, bentuk dan tekstur tanaman boleh mewujudkan kesan khas di bahagian pintu depan. Tumbuhan yang ditanam di dalam pasu mesti dipantau dengan teliti bagi memastikan tanaman tersebut mendapat air yang cukup. Tumbuhan di dalam bekas mungkin perlu disiram setiap hari. 


Pokok renek dan bunga seperti bunga raya amat menarik dalam kalangan tanaman besar. Arah pintu masuk dan jumlah cahaya yang diterima harus dipertimbangkan ketika memilih tanaman untuk menyerikan pintu depan anda. 

Perabot

Perabot di bahagian pintu masuk rumah anda dapat menhasilkan nilainya yang tersendiri walalupun ia adalah sebuah bangku yang bersaiz sederhana, ia dapat mencerminkan gaya sesebuah rumah. 


Perabot yang bersaiz besar boleh menjadi sangat berguna bagi mengimbangi bahagian pintu dengan bahagian dinding. Perabot yang diletakkan di bahagian luar mestilah bersesuaian dengan cahaya. Permukaan perabot yang dicat harus dilindungi dengan fabrik ataupun alas yang bersesuaian bagi mengelakkan permukaan tersebut terkena air. 

Pencahayaan 

Pencahayaan yang cukup dapat menyerlahkan butir butir di pintu masuk dan membuatkan rumah anda hidup pada waktu malam. Lampu di bahagian pintu hadapan mempunyai tugas yang tersendiri dengan menghidupkan suasana bahagian depan rumah. 


Satu jenis lampu kurang memberikan impak cahaya, kebanyakan pintu masuk terutama yang mempunyai beranda atau pintu depan yang tertutup memerlukan dua jenis lampu. Pencahayan masuk yang paling berkesan termasuk fiksyen hiasan di sebelah pintu dan downlight di bahagian atas. 


Downlight bukan sahaja dapat menyalakan pintu malah ia juga menghasilkan sambutan yang hangat ketika pintu dibuka kerana ia dapat memberikan pengchayaan terus kepada objek yang berada di sekitarnya. 















Comments

Popular Posts